...
Mengembaralah & kamu akan menemui sesuatu yang indah buatmu...
Aku..
Bersangka baiklah kita. Apa pun kesalahan yang orang lain buat, kita mesti lihat dengan pandangan dakwah. Kita anggap saja yang orang tersebut mungkin tidak tahu, mungkin tidak sengaja, ataupun mungkin tidak sedar dalam melakukan kesalahan. Jika ada orang yang mengaku kejahatan yang mereka lakukan dengan sendirinya, kita masih perlu bersangka baik terhadap mereka. Kerana tidak semestinya setiap orang yang berbuat jahat itu akan sentiasa jahat. Sebagai seorang pendakwah, menjadi kewajipan bagi kita untuk menjalankan dakwah ke atas orang lain selagi mereka masih bernafas. Jika sangkaan buruk mempengaruhi kita walau sedikit pun, nescaya rosaklah dakwah yang kita cuba bawakan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan