...

Mengembaralah & kamu akan menemui sesuatu yang indah buatmu...

Ahad, 16 Oktober 2011

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU



Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU… 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.
Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.
Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.  
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan  para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. 
Namun begitu,  di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.
Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan  oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”
KETIKA RASULULLAH PERGI…
Tengah hari  itu…
gugur butiran air mata di wajah mu

Hibanya hati melepaskan Rasul pergi

Bukan tidak reda,

Tapi itulah hati seorang isteri

pasti ada rasa cinta!

Pada akrab sekian lama yang terpisah

Bagai isi dan kuku…

Tapi hakikatnya kita semua hamba

Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya

Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi

Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa

makam itu cuma semadi jasad…

Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!

Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat

Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!

DENDAM DIMADU, ISTERI TURUT 'BERMADU'


Sebaik selesai menyampaikan ceramah Nuzul Al-Quran bersama Bar Council cawangan Kedah dan Perlis saya bergegas pulang ke rumah untuk membawa emak dan ayah pulang ke kampung. Di kesempatan yang ringkas itu saya sempat membuka email buat seketika. Satu demi satu email dibaca, sehingga tiba kepada email yang menceritakan keluhan hati seorang isteri berkenaan dengan suaminya yang berpoligami.
Seringkali saya menerima email ataupun luahan daripada isteri yang dimadukan oleh suami mereka. Namun begitu jarang sekali saya membalas email-email tersebut kerana kesuntukkan masa. Tetapi untuk kali ini saya cuba gagahi juga menyelami permasalahan berkenaan poligami ini. Mungkin cetusan ini tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul, tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit pedoman buat mereka yang mengalaminya.
Sebagai seorang muslim saya tetap bersetuju dengan hukum berpoligami yang dibolehkan dalam Islam. Asalkan lelaki yang ingin berpoligami itu cukup syaratnya dan berkemampuan. Poligami dihalalkan oleh Allah SWT, maka tidak layak untuk kita mengatakan bahawa ianya “salah” kerana ianya bersalahan dengan ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 3 :
Maksudnya : Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Wanita Sukar Menerima Poligami
Walaupun madu itu dianggap manis, tetapi madu dalam istilah berpoligami meninggalkan kesan pahit pada diri seorang wanita yang bergelar isteri. Ada yang redha dengan perkara tersebut, dan ada juga yang sukar menerima hakikat bahawa dirinya dimadukan.
Hanya wanita yang benar-benar teguh hatinya sahaja mampu membenarkan suaminya beristeri lebih daripada satu. Daripada 100 orang wanita, cukup bertuah sekiranya ada seorang wanita yang rela dirinya dimadukan. Bahkan ada yang menganggap bermadu itu lebih pahit daripada hempedu.
Golongan wanita mempunyai perasaan lembut dan halus. Mereka sukar untuk menerima hakikat bahawa kasih sayang yang diperolehi daripada seorang suami selama ini terpaksa dikongsi dengan wanita lain. Bahkan lebih daripada itu, ada sebahagian wanita yang mengadu bahawa mereka telah mengorbankan kerjaya mereka semata-mata untuk membesarkan anak-anak, tetapi pengorbanan tersebut seperti tidak dihargai oleh pasangan mereka.
Dendam Bersalut Dosa
Lebih menyayat hati apabila ada segelintir wanita yang dimadukan oleh suami bertindak diluar batas-batas keagamaan. Tanpa berfikir panjang, ada yang mengambil jalan mudah untuk memuaskan hati mereka dengan melakukan penzinaan bersama lelaki lain semata-mata mahu membalas dendam terhadap suami mereka. Kerana dendam mereka dimadukan, sengaja mereka bermadu asmara dengan lelaki yang haram ke atas diri mereka.
Sesetengah dalam kalangan mereka merasakan dengan tindakan tersebut mereka berjaya memuaskan hati yang sedang terluka, namun begitu anggapan mereka salah. Ini kerana suami mereka “bersama’ dengan isterinya yang halal disisi Allah, tetapi mereka “bersama’ dengan lelaki yang haram ke atas diri mereka.
Tindakan atas dasar membalas dendam ini adalah bisikan-bisikan daripada syaitan untuk merosakkan nasab anak Adam. Mereka bukan sahaja hilang kehormatan didunia, bahkan diakhirat dilaknat oleh Allah SWT. Sekiranya merujuk kepada hukum Islam sekalipun, mereka selayaknya direjam dengan batu sehingga mati.
Pengakuan Membawa Kepada Perceraian
Ada yang membuat pengakuan bahawa mereka menyesal selepas melakukan perbuatan terkutuk ini, tetapi seperti kata pepatah melayu sesal kemudian tiada gunanya. Terdapat segelintir pasangan isteri yang menceritakan peristiwa ini kepada suaminya atas perasaan bersalah ingin memohon kemaafan, akhirnya mereka menerima hadiah “penceraian” daripada suami mereka. Agak sukar sebenarnya bagi seorang suami untuk menerima hakikat bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain. Inilah bahana apabila sudah terlanjur.
Rumah tangga yang dibina dengan mengharapkan kebahagiaan, akhirnya terburai ditengah jalan. Suami yang berpoligami tanpa dicelahi dosa mendapat kebahagian, manakala isteri yang sudah terpalit dengan dosa atas pilihan dirinya sendiri akhirnya mendapat kesengsaraan. Suami yang adil dengan mudah berjalan masuk ke syurga, tetapi isteri yang bertindak mengikut emosi dicampakkan ke dalam neraka.
Sabar dan Redha Itu Lebih Baik
Sabar dan Redha merupakan kalimah yang cukup mudah disebut, tetapi amat berat untuk melaksanakannya. Namun begitu, inilah sebaik-baik jalan yang harus dipilih oleh isteri-isteri yang telah dimadukan.
Sabar itu tinggi darjatnya. Bahkan Allah SWT turut bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar menghadapi ujian. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 :
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan tunaikanlah solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
Dengan sabar seorang isteri itu diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Mereka bukan sahaja dimuliakan oleh Allah SWT di dunia, tetapi diakhirat juga mereka akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT.
Sabar Dari Membalas Dendam
Antara sabar yang harus ada pada pasangan yang dimadukan ini adalah sabar daripada membalas dendam kepada suami mereka. Andai suami pulang ke rumah, usahlah dihalau dengan penyapu tetapi terimalah dengan senyuman kasih sayang.
Walaupun mungkin ada terniat dihati untuk membalas dendam dengan memboikot kehadiran suami, namun begitu tindakan begitu hanya mendatangkan murka disisi Allah SWT. Mungkin isteri akan berasa puas apabila berjaya untuk tidak mengendahkan suaminya, namun begitu diakhirat nanti sudah tentu mereka akan dicela oleh Allah SWT.
Biarlah didunia menerima sedikit kedukaan, tetapi yakinlah di atas kesabaran ini Allah akan mengurniakan seribu kegembiraan. Di sinilah perlunya wanita berfikiran secara waras dalam melaksanakan tindak tanduk mereka apabila berhadapan dengan masalah dimadukan. Andainya suami seorang yang adil dan berkemampuan, terima hakikat dengan redha.
Pesan saya buat akhirnya, terimalah takdir hidup ini dengan redha. Yakinlah bahawa dengan sedikit kesedihan ini Allah ingin mengurniakan lebih banyak kebaikkan kepada golongan isteri-isteri yang telah dipoligami dimasa depan. Mungkin tidak nampak dengan mata, tetapi mata hati mampu membuka tabir ini sekiranya hati terus disuburkan dengan iman.
-CREATED BY : MOHD FAISAL B. MUSTAFFA-

Sabtu, 15 Oktober 2011

MENCARI KETENANGAN HATI


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!
-create by : pahrol juoi

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ...ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.

Khamis, 13 Oktober 2011

Sering berdamping dengan orang yang positif.


Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.
-dipetik:pahrol mohd. juoi(bersangka baik demi cinta)

Rabu, 12 Oktober 2011

Senyumlah,gapailah,terimalah,redhalah..

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥

Rabu, 5 Oktober 2011

♥ ♥ Kasih Ibu..

Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak... ... Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak.. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... Mak... Bila nangis, orang pertama yang datang ....... Mak... Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak.. Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak.. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak.. Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak.. Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak.. Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak.. Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak... Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak.. Aku selalu teringatkan ..... Mak.. Bila sedih, aku mesti talipon... Mak.. Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak.. Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak.. Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak.. Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak.. Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak.. Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak.. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.. Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak.. kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak.. Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak.. Yang selalu berleter kat aku... Mak.. Yang selalu puji aku.... Mak.. Yang selalu nasihat aku...... Mak.. Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak.. Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.... Pasanganku.. Bila sedih, aku cari..... Mak.. Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku.. Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak.. Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku.. Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku.. Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku.. Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak.. Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku.. Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu... Aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat aku Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak.. Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? "Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... "MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!" Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

BERSANGKA BAIKLAH SESAMA INSAN

Berikut adalah TIPS dan NASIHAT dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan..:-

1) Jika engkau BERTEMU dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
... Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2) Jika BERTEMU dengan ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3) Jika BERTEMU dengan orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4) Jika BERTEMU dengan seorang yang berILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5) Jika BERTEMU dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6) Jika BERTEMU dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk..

Isnin, 18 April 2011

Dulu Pernah Ku Nyatakan

by Tautan Hati on Monday, April 18, 2011 at 5:26pm

Dulu pernah kuungkap.. "Jgn terbang tinggi,kalau jatuh akan parah".  Lalu engkau menjawab.. " kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut utk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba".

Antara kita, ada peristiwa istimewa yg menjadi kenangan abadi tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk di imbau. Biarlah ia menjadi khazanah  yang berharga atau mungkin sahaja dipupus masa. Tuhan yang menentukan. 

Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yg dicintai bahagia. Terima kasih kerna pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih. Aku baru selesai baca sebuah novel. Terpaku aku membacanya. Novel ini lain sikit lebih islamic. Ayat-ayat dalam novel ni buat saya tak sabar untuk tahu episod seterusnya.
Manusia mana yg tidak pernah gagal? Manusia mana tidak pernah kecewa? Manusia mana yang tidak ada pasang surutnya? kita bukan malaikat bersayap seribu. Bukan juga pari-pari yg wujud dalam mitos dan dongeng. Jika ada manusia hari ini yg mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna, maka saya berani katakan bahawa dia berbohong.
Hidup sering berputar, dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah ada waktu mendungnya. Perubahan akan berlaku, cuma soal waktu menjadi persoalan. Oleh itu, saya ingatkan sekali lagi bahawa hati-hati bila berbicara. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarkan. Boleh jadi yang dibenci akan menjadi org yg disayangi. Boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi. Siapa tahu? Tuhan sahaja yg tahu.
Orang yang tidak diuji, tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya. Orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam, tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya, mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. Oleh itu, apabila tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajar sesuatu. Bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi beharga. Apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat, erti bahagia jadi juta-juta. Siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan? Syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.
Oleh itu, kita hidup untuk melihat dan menilai. Biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan. Tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan, tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang. Kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa. Iaitu Adam. Kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad. Sebaik mana pun kita, jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai umatnya yang masih lupa dan lalai.

Rabu, 13 April 2011

HATI NURANI...

Hati nurani adalah partikel terkecil hidayah yang diamanahkan oleh Allah kepada makhluk-Nya, manusia. Dengannya manusia bisa mengenali dirinya dan tuhannya secara fitrah tanpa harus bertanya kepada orang yang terdekat sekalipun. Hati nurani itu akan memberitahukan siapa ''aku'' sebenarnya. Apakah Muslim yang baik atau tidak? Mampu menjaga amanah atau malah berkhianat? Berlaku jujur atau dusta? Bertindak adil atau zalim? ''The fire feeling says the truth.''

Hati nurani bagaikan black box 'kotak hitam' yang merekam segala ''ceritera'' hidup ini. Kejadian demi kejadian dari waktu ke waktu direkam dengan apik oleh hati nurani. Saat ini pun kita bisa kembali membuka rekaman yang terjadi sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Apakah kita melakukan dosa besar? Semua bisa kita ingat. Karena itulah, Allah menjadikan hati nurani bersaksi di hadapan Allah pada hari kiamat (QS Al-Aadiyaat: 10).

Jangan pernah bangga berhasil mendustai orang lain. Bersedihlah, karena sebelumnya, kita mendustai diri kita sendiri. Jangan pernah merasa selamat dari dosa yang kita sembunyikan selama ini karena semua akan tampak di hari ''persaksian'' (QS Ath-Thariq: 9). Sebenarnya semua sudah tampak jelas di mata hati kita. Sayangnya hati yang bernurani itu nur-nya tertutup oleh belenggu hawa nafsu, cinta dunia yang berlebihan, bahkan oleh dosa-dosa karena kezaliman dan kejahiliyahan kita. Akibatnya, hati akan semakin gelap dan semakin tampaklah sifat-sifat dhulumaat.

Hati gelap bagaikan mata gelap yang tak memedulikan hak batil dan halal haram. Padahal buta sebenarnya adalah buta mata hati, bukan buta mata kepala (QS Al-Hajj: 46). Kegelisahan, bahkan kemalangan yang terjadi dalam hidup ini adalah karena kita dengan sadar menutup mata hati kita sendiri, bahkan menekannya (QS Al-Aadiyaat: 7). Padahal jika suara hati itu didengar, maka hidup ini penuh hidayah, rahmah, magfirah, dan makrifat.

Ternyata surga itu ada pada hati. Mengikuti hati nurani berarti mengikuti petunjuk Allah. Akhirnya, Allah akan mengeluarkan mereka dari kegelapan hati menuju cahaya-Nya (QS Al-Baqarah: 257)

MANUSIA ADALAH APA YG DIPERCAYAINYA

Kepercayaan mempunyai kuasa. Kuasa memberi kekuatan untuk bertindak. Apabila berada di puncak kuasa, tidak ada apa-apa lagi yg boleh menghalangnya. Kepercayaan adalah apa-apa panduan pendirian, pernyataan, keyakinan atau keghairahan yg boleh memberikan makna dan arah tujuan dalam kehidupan.
Kepercayaan adalah sarapan yg terurus dan telah diaturkan terlebih dahulu tentang tanggapan kita mengenai dunia. Kesimpulannya, kepercayaan adalah seperti ketua kepada otak, yang memberi arahan untuk bertindak dengan membawa kita ke arah matlamat dan memberikan jaminan untuk mengetahui yang kita akan sampai ke sana.
Kepercayaan menolong kita melihat apa yg kita mahu dan memberikan tenaga untuk kita memilikinya. Semua halangan akan dihadapi seperti pepatah, "Hendak seribu daya, usaha seribu cara". Kepercayaan menolong kita mencungkil dan menggilap sumber terkaya yg letaknya di dalam diri, menghasilkan dan mengarahkan sumber ini bg menyokong hasil yg kita inginkan.
Kepercayaan menentukan harga diri seseorang. Kepercayaan untuk pergi jauh tdk akn dpt melebihi sempadan yg telah dibentuk sejak kecil.

Selasa, 12 April 2011

KUATKAN HATIMU..

HATI TIKUS


Hati anda masih seperti hati tikus :
Ø Tikus takut dengan cahaya
Ø Tikus takut dengan ruang lapang
Ø Tikus suka menyorok di lubang gelap yang paling dalam
Ø Tikus suka tempat tersorok, sempit dan busuk
Ø Anda masih malu berdepan dengan manusia.
Ø Anda hanya mampu duduk di barisan belakang sekali dalam sesuatu majlis.
Ø Kalau boleh muka anda jangan sampai dikenali orang.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
"Rasa takut (segan) kepada manusia jangan sampai 
mencegah  seseorang apabila mengetahui suatu yang
 hak untuk  menegakkannya." (Ahmad)
Apakah makhluk ini bayangan diri dan hati anda?
Ia bergendang di tempat gelap tetapi menikus di tengah gelanggang!
SINGA YANG KELUAR DARIPADA HATI ANDA
Anda tidak perlu bertangguh lagi.
Terbitnya mentari pagi hari ini anda mesti memulakan penghidupan baru.
Tanam dan kuatkan semangat.
Keluarkan singa daripada hati anda!
Biar sang suria pagi menjadi saksi.
Bahawa anda berani menentukan hala tuju hidup baru.
Kalau anda keluarkan singa daripada hati anda hari ini, hidup anda pasti
akan berubah.
Selamat tinggal :
Ø Kesusahan                     
Ø Penderitaan
Ø Kemiskinan
Ø Kejahilan
Ø Kehinaan 
Ø Ketakutan
Singa yang keluar daripada diri anda bukan untuk mengganas dan menerkam
mangsa membabi buta.
Bukan juga untuk terbang di awam hingga lupa bumi tempat terpijak.
Singa tidak mungkin mampu terbang kecuali singa dongengan.
   "Keluarlah dan bawalah keluarga anda
               bersama-sama berhijrah."
KESUSAHAN ITU RAHMAT
Anda juga mungkin menjadi singa tua kerana anda merasakan semua perkara
di atas muka bumi ini susah.
ANDA TIDAK MAMPU MELAKUKANNYA
Sedangkan kesusahan itu adalah kebaikan untuk diri kita seperti mana sabda 
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji
 dengan sesuatu musibah (kesusahan)." (Riwayat Al-Bukhari)
LANGKAH KEJAYAAN
Langkahmu hari demi hari harus bertambah mantap dan maju. 
Engkau mesti berjalan dengan penuh keyakinan.
Kedua kakimu menjadi regu yang serasi untuk bergerak. Tidak 
ada lagi otot-otot yang meraung kesakitan. Tidak ada lagi 
penyakit malas bersarang di pancainderamu.
LANGKAH MELANGKAH :
KAKI KANAN MELANGKAH, KAKI KIRI BERTAHAN.
KEMUDIAN KAKI KANAN BERTAHAN, KAKI KIRI MELANGKAH.
Lebih-lebih lagi tidak ada angan-angan yang membuai mimpimu kerana 
orang bijak pandai ada mengatakan :


"Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun tentang kejayaan, 
sang juara bangun dan bekerja keras untuk mencapainya."
Kejayaannya selalu dibina di atas landasan kerja keras dan sikap selalu tidak 
berasa cukup atas kejayaan yang sedikit.
Orang bijak pandai ada mengatakan :
       "Setiap kerja dibina atas keupayaan untuk melakukan
             lebih baik daripada setakat baik-baik sahaja."

Isnin, 11 April 2011

JANGAN BERSEDIH

JANGAN BERSEDIH KERANA BERHADAPAN DENGAN BERBAGAI  KESULITAN

Sesungguhnya setiap kesulitan yang anda hadapi akan menguatkan hati,
menghapuskan dosa, menghancurkanrasa ujub, dan menguburkan rasa takbur.
Kesulitan - kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghiasi 
diri untuk selalu berbuat baik kepada setiap makhluk, menjadi doa yang dipanjatkan
oleh orang-orang yang soleh, merupakan bukti ketundukkan kepada penzalim
adalah sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, sebuah peringatan diri, 
sebuah usaha untuk menghidupkan zikir,sebuah usaha untuk menjaga hati dengan
bersabar, sebuah persiapan untuk menghadap tuhan dan melepaskan godaan untuk
menggantungkan hidup pada dunia dan merasa amandan tenang dengannya. Kerana
kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yangditutupi itu jauh lebih
besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.


RENUNGAN :  
- Jangan bersedih! Sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam  
  beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk
  sangka, dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis. 
- Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa,
  sumber penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan. 
- Jangan bersedih! Sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada 
  sedekah, ada perbuatan baik, dan ada yang memberikan manfaat. 
- Jangan bersedih, dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan
  sebarang aktiviti. Solatlah...bertasbihlah...bacalah...menulislah...bekerjalah..
  terimalah tetamu...bersilaturrahimlah... dan merenunglah...


          Allah berfirman :


          ...dan Rabbmu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan 
          bagimu."     (Al-Mukminun : 60)

          Berdoalah kamu kepada Rabbmudengan merendah diri dan suara yang lembut. 
          Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-A'raf : 55)


          Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepadaNya...... (Al-Mukminun : 14)


          Katakanlah :
          "Serulah Allah dengan seruan Ar-Rahman. Dengan nama mana saja yang kamu seru, 
          Dia mempunyai Al-Asma' Al-Husna (nama-nama yang terbaik)..(Al-Isra': 110)